Sunday, December 13, 2009

suluh petang




pemandangan yang dapat saya rakam pada satu petang selepas balik dari office.

Tuesday, August 18, 2009

KONVO SHIKIN











Giliran Noorashikin pula konvo di Multimedia Universiti Cyberjaya pada 10 ogos 2009.Tamat pengajian di fakulti Multimedia Creative.Tahniah untuk dia dan kawan kawannya








Friday, April 10, 2009

BENGKEL DASAR PASIR NEGERI PERAK

Pada 8-10- april 2009,menguruskan bengkel Pengubalan Dasar pengeluaran Permit Pasir Negeri Perak.Buat kat hotel Seri Malaysia. 110 pesrta hadir.pelbagai jabatan dan ajensi hadir.
Petang 9.4.09 bawa Hj Yusof PPT(K) P.T.Selama,sahabat seperjuangan ke RPT Tasik Ipoh ,rumah kawan lamanya bincang nak beli tanah 5 ek.Wow........deal success...harga murah...30k. aje....katanya nak tanam sawit.tambah lagi la sawitnya.....................Saya pulak dapat goodnews yusuf kenalkan dengan kawanya peserta bengkel .DSP Bakar dari IPK Perak.
Apapun akan load gambar bengkel kemudian.

Monday, March 16, 2009

TANAM SAWIT

anak sawit yang baru di tanam










Hari ni 15.3.2009 tiba lah masa nya anak sawit yang order dulu pada Khairizam di tanam di kebun Kuang
Beli tanah ni pada 14.7.2008 . lepas 6 bulan baru dapat tanam sawit..

Pekerja Ridzuan mula menanam pokok dengan menggunakan back hoe Vijan pada awal pagi.

Sebanyak 220 pokok ditanam pada jarak 29'x29'. Harga sepokok khairizam bagi RM 10.00 umur 1 tahun . siap hantar sekali ke Kuang.

Nak meluahkan perasaan sikit ni. Ingatkan bila mohon bantuan Risda untuk tanam sawit boleh lulus......2 bulan tunggu keputusan ...rupanya kantoi.......tolak..........terpaksa lah beli anak pokok sendiri... lepas ni nak beli baja ....duit lagi.....risda..risda...tak tolong langsung. tak pa la lain kali mohon lagi.mana tau kot kot ....lulus.... pula....

Friday, February 27, 2009

CUCI KEBUN

anak sungai kat kebun ....nyaman nya .
air nya had lutut aje....anak anak senang mandi sungai.

mem...sedang memerun.


kebun yang dah cuci...



Back hoe sedang cuci tanah





Back hoe sedang membuat keja mencuci tanah untuk tanaman kelapa sawit.Walaupun harga sawit merudum...... rasaya inilah masa untuk menanam.Upah cuci kebun ini free aje...pasal kontra dengan pokok durian yang di tebangnya.15 pokok di tebang ukuran lilit 15-20 in.
Menyesal juga rasanya pokok ni di tebang. sepatutnya tak payah tebang.biarlah pokok tu dalam kebun sawit.tapi orang kata buahnya tak akan jadi elok sangat, pasal banyak makan baja sawit. Apa pun dah terlajak tebang... tak apa lah ...nanti kita cari kebun durian lain .

Setelah pokok di tebang dan kawasan semak samun di cuci rata....mula lah kerja memerun(bakar himpunan kayu kayu yang kering.). baki kayu batang durian saya beri free pula padapakcik yang jumpa kat kebun ..saya offer dia ......pak cik nak kayu tak? dia kata boleh juga.esoknya geng dia datang bawa chain saw dan mula kutip kayu besar peha untuk dijual kepada kilang batu bata sekitar sg siput.Bila habis kerja ..saya tanya dapat berapa lori?.katanya 10 lori(lori yang bawa ubi kayu tu.) satu lori dia tolak 70 ringgit kat kilang bata. Gelak besor ...pakcik tu...apapun senang sikit saya, tak payah bakar kayu tu.
pancang telah siap...tunggu back hoe vijayan saja nak korek lubang dan terus tanam.......lepas ni nak bertarong dengan musuh tanaman pula.