Saturday, July 12, 2008

Kursus Pegawai Penyiasat

Minggu ini dari 7.7.208 hingg 17.7.2008 kena attend kursus Siasatan dan Pendakwaan .Kursus 10 hari ni di beri oleh bahagian latihan PDRM Cheras Seramai 35 orang peserta kursus dari seluruh negeri Perak hadir kursusPegawai Penyiasat ini . Kursus di sampaikan oleh Pegawai Polis bepangkat ASP,DSP,SUPT.dan ACP dari PDRM.Jadi 10 hari ni ke tumpukan pada kursus aje. Antara pegawai Polis yang beri lecture DSP Survender Sing,DSP Aziz Ali, DSP Chang Peng ASP T Tamarai,ASP Azmi Abdullah.Semua Pegawai Polis ni berpengalaman dalam Tugas Polis.Seronok dapat timba pengalaman police story dari mereka. Apa pun bila tamat kursus nanti harap harap semua peserta kursus dapat menjalan kan tugas dengan berkesan.

Sunday, July 6, 2008

sambung tulis blog

Hari ini saya cuba sambung blog ini kerana semenjak 'penubuhan 'blog ini saya tak sempat nak teruskan penulisan.Dari sehari ke sehari nak teruskan catatan ,baru hari ni dapat sambung.Ada pun tujuan blog ini ialah untuk melatih diri bagi persedian menghadapi hari pencen yang akan tiba 5 tahun lagi......DAN yang juga saya rasa sesuai untuk mengumpul kawan kawan sekolah ,kawan sejak mula bekerja,kenalan,saudara mara yang pernah dikenali sejak lahir hingga sekarang.Untuk mengeratkan silatulrahim antara kita yang masih hidup di dunia ini.