Friday, November 21, 2008




Ini lah gambar dusun durian yang beli dulu.Ada 14 pokok semuanya tapi pokok durian ini telah tiada di atas tanah. Telah di tebang untuk laluan tanaman pokok kelapa sawit pula.Hanya merasa semusim saja makan buah durian.


Tahun 2009 nak mula tanam kelapa sawit untuk persedian pencen nanti.


Saturday, November 15, 2008

cyber fish

pls..click your mouse to feed me...

Monday, October 6, 2008

Jamuan Hai Raya





HARI INI 6 OKTOBER 2008 HARI SHAHRIL MULA BERKERJA DI UNISEM SIMPANG PULAI IPOH SEBAGAI ENGINEER.HILANGLAH PENAT LELAHNYA BELAJAR SELAMA INI DARI SIJIL DAN DIPLOMA POLYTEKNIK UNGKU OMAR IPOH DAN IJAZAH SERJANA MUDA UTeM MELAKA( ELEKTRONIK INDUSTRI) DAN SEKARANG SEDANG MENEMPOH ALAM KARIERNYA PULA. KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT BEKERJA.

MALAM TADI KELUARGA MEMBUAT JAMUAN HARI RAYA UNTUK SAHABAT DAN JIRAN.

Tuesday, September 16, 2008

Monday, September 8, 2008

Konvo Shahril


Pada 9.8.2008 hari konvo Shahril di University Teknikal Malaysia Melaka

Lepas ni Shikin pula.

Friday, August 15, 2008

Beli Tanah Dusun Durian

Pada 14 Julai 2008,saya sign borang 14A KTN bersama dato' Samsuddin yang di saksikan oleh Timbalan Pendaftar Hakmilik Negeri Perak En Hariri.Beli tanah dusun durian 3.5 ac dengan harga 47k.Esoknya terus pergi dusun ambil buah durian yang sudah mula gugur.Tanah ni kat Ulu Kuang Chemor.First time beli tanah pertanian.
Nak tau....buah durian di Kuang ni sedap rasanya kerana isi kuning dan lemak.Lusanya shahril terus bawa mesin rumput cuci keliling pokok.maklumlah senang nakkutip buah durian.Emaknya pun nak ikut sama seronok nak kutip buah durian.Nanti saya upload gambar dusun yang baru beliini.

Saturday, July 12, 2008

Kursus Pegawai Penyiasat

Minggu ini dari 7.7.208 hingg 17.7.2008 kena attend kursus Siasatan dan Pendakwaan .Kursus 10 hari ni di beri oleh bahagian latihan PDRM Cheras Seramai 35 orang peserta kursus dari seluruh negeri Perak hadir kursusPegawai Penyiasat ini . Kursus di sampaikan oleh Pegawai Polis bepangkat ASP,DSP,SUPT.dan ACP dari PDRM.Jadi 10 hari ni ke tumpukan pada kursus aje. Antara pegawai Polis yang beri lecture DSP Survender Sing,DSP Aziz Ali, DSP Chang Peng ASP T Tamarai,ASP Azmi Abdullah.Semua Pegawai Polis ni berpengalaman dalam Tugas Polis.Seronok dapat timba pengalaman police story dari mereka. Apa pun bila tamat kursus nanti harap harap semua peserta kursus dapat menjalan kan tugas dengan berkesan.

Sunday, July 6, 2008

sambung tulis blog

Hari ini saya cuba sambung blog ini kerana semenjak 'penubuhan 'blog ini saya tak sempat nak teruskan penulisan.Dari sehari ke sehari nak teruskan catatan ,baru hari ni dapat sambung.Ada pun tujuan blog ini ialah untuk melatih diri bagi persedian menghadapi hari pencen yang akan tiba 5 tahun lagi......DAN yang juga saya rasa sesuai untuk mengumpul kawan kawan sekolah ,kawan sejak mula bekerja,kenalan,saudara mara yang pernah dikenali sejak lahir hingga sekarang.Untuk mengeratkan silatulrahim antara kita yang masih hidup di dunia ini.

Friday, May 23, 2008

Assalamualaikum...

Selamat Datang Ke blog saya....
Welcome to my blog...